Kundasang War Memorial Park dibina oleh New Zealand pada tahun 1962 dan
taman ini menyerupai sebuah kubu di atas bukit. Walau bagaimanapun,
ianya dibiarkan begitu sahaja sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005,
kerja-kerja pemulihan telah dimulakan semula. Di dalam kubu tersebut,
terdapat tiga taman-taman bersambung yang dijadikan seni taman dengan
tema ketiga-tiga negara yang berbeza untuk mengingati wira mereka yang
hidup atau terkorban semasa tragis 'Sandakan Death March'. Taman-taman
ini dinamakan Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo. Dalam
Taman Australia, paku pakis dan rumput turf akan menyambut pengunjung.
Taman Inggerisini hampir menyerupai sebuah taman fesyen British lama
dengan bunga ros mekar indah dan boleh dilihat dengan pelbagai warna
yang berbeza. Dalam Taman Borneo, pelbagai tumbuhan asli Sabah termasuk
banyak orkid liar dan jarang boleh dilihat di sini. Jika anda bernasib
baik anda boleh melihat orkid selipar Rothschild mekar di sini.
ADMIN : Buat apa nak pergi jauh-jauh kalau Malaysia pun belum habis pusing :3