Kundasang War Memorial Park, Ranau

By Zulasri Ashaari - 8:00 AM

 
Kundasang War Memorial Park dibina oleh New Zealand pada tahun 1962 dan taman ini menyerupai sebuah kubu di atas bukit. Walau bagaimanapun, ianya dibiarkan begitu sahaja sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, kerja-kerja pemulihan telah dimulakan semula. Di dalam kubu tersebut, terdapat tiga taman-taman bersambung yang dijadikan seni taman dengan tema ketiga-tiga negara yang berbeza untuk mengingati wira mereka yang hidup atau terkorban semasa tragis 'Sandakan Death March'. Taman-taman ini dinamakan Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo. Dalam Taman Australia, paku pakis dan rumput turf akan menyambut pengunjung. Taman Inggerisini hampir menyerupai sebuah taman fesyen British lama dengan bunga ros mekar indah dan boleh dilihat dengan pelbagai warna yang berbeza. Dalam Taman Borneo, pelbagai tumbuhan asli Sabah termasuk banyak orkid liar dan jarang boleh dilihat di sini. Jika anda bernasib baik anda boleh melihat orkid selipar Rothschild mekar di sini. 
ADMIN : Buat apa nak pergi jauh-jauh kalau Malaysia pun belum habis pusing :3

  • Share:

You Might Also Like

0 comments